LAWATAN BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL

Pada 18 September 2026, Penang Halal International telah melaksanakan lawatan bimbingan pensijilan halal kotej ke syarikat Idah Kuih Frozen yang menghasilkan produk kuih sejuk beku karipap dan beroperasi di Pantai Bersih, Butterworth.

Lawatan ini bertujuan memberikan bimbingan dan khidmat konsultansi secara terus kepada usahawan dalam memahami keperluan serta tatacara permohonan Pensijilan Halal Malaysia bagi kategori pensijilan halal kotej.

Dalam sesi lawatan ini, Penang Halal International turut memberikan penerangan berkaitan keperluan bahan mentah, proses pengeluaran, kebersihan premis, dokumentasi serta kawalan halal yang perlu diberi perhatian bagi memastikan produk dan operasi memenuhi keperluan pensijilan halal.

Inisiatif bimbingan seperti ini merupakan antara usaha berterusan Penang Halal International dalam membantu usahawan mikro dalam meningkatkan pematuhan halal, memperkukuh keyakinan pengguna serta membuka peluang kepada usahawan untuk mengembangkan pasaran produk mereka.