BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL

Pada 1 September 2026, Penang Halal International telah melaksanakan lawatan serta bimbingan pensijilan halal Malaysia kepada syarikat Al Aafiyah Group Sdn Bhd yang mengendalikan penghasilan serta pemprosesan barangan peranti perubatan dan beroperasi di Bandar Cassia, Seberang Perai Selatan.

Sesi bimbingan ini turut meninjau fasiliti pengeluaran serta proses penghasilan yang dikendalikan oleh syarikat berkenaan. Pada masa yang sama, kakitangan PHI juga turut melaksanakan sesi bimbingan pensijilan halal merangkumi proses penerangan berkaitan sistem MyEHalal serta tatacara proses permohonan.

Untuk makluman, Pulau Pinang juga merupakan negeri pertama melaksanakan pengauditan peranti perubatan berdasarkan kesemua sembilan Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM).

Selaras dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (API 2030) menerusi Teras Sosioekonomi, yang memberi fokus kepada pemerkasaan ekonomi umat Islam, pembangunan keusahawanan serta pengukuhan sektor halal sebagai salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi para usahawan bukan sahaja dapat meningkatkan tahap pematuhan halal, malah berpeluang meningkatkan kredibiliti, keyakinan pengguna dan daya saing produk di pasaran yang lebih luas.