PENANG HALAL INTERNATIONAL KE MIHAS 2026
Penang Halal International berkesempatan mengadakan lawatan selama dua hari ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Lawatan ini menjadi satu platform penting untuk melihat dengan lebih dekat perkembangan terkini ekosistem halal di peringkat global, selain meneroka potensi kerjasama serta peluang pasaran yang boleh dimanfaatkan oleh pemain industri halal Pulau Pinang.
MIHAS 2026 yang mengangkat tema “Shaping Trust, Driving Resilience” menghimpunkan pemain industri daripada pelbagai sektor halal, merangkumi makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik dan penjagaan diri, fesyen sopan, kewangan Islam, teknologi, logistik, pelancongan mesra Muslim serta pelbagai perkhidmatan lain.
Lawatan ini turut memberi peluang kepada Penang Halal International untuk mendapatkan insight, idea dan perspektif baharu bagi memperkukuhkan lagi ekosistem halal Pulau Pinang serta meningkatkan daya saing negeri sebagai destinasi halal yang berpotensi di peringkat antarabangsa.
Daripada jaringan, lahir peluang.
Daripada peluang, terbina kerjasama.
Daripada kerjasama, kita perkasa ekonomi halal




