31 Julai 2025 – Penang Halal International dengan kerjasama Fiesta Laksa Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian Penang Halal & Heritage Carnival (Edisi Laksa) bertempat di Padang Awam, Taman Iping, Batu Maung, Pulau Pinang bermula 31 Julai hingga 3 Ogos 2025.

Dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap ADUN Batu Maung & Pengerusi Penang Halal International dan turut dihadiri masyarakat setempat sekitar DUN Batu Maung. Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti jualan pelbagai aneka juadah laksa dari seluruh Malaysia, persembahan boria dan aktiviti-aktiviti lain.

29 Julai 2025 – Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melaksanakan jelajah taklimat bimbingan kecemerlangan halal Pulau Pinang bertempat di Dewan MPKK Taman Wira, Pantai Robina, Teluk Air Tawar.

Dihadiri seramai 50 orang peserta terdiri dari peniaga dan usahawan, para peserta telah didedahkan tentang kefahaman dan kepentingan pensijilan halal khususnya tentang proses serta langkah permohonan pensijilan halal Malaysia. Pengisian program juga telah diisi oleh penceramah-penceramah yang terdiri daripada Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP dan Zakat MAINPP

Program ini juga telah dirasmikan oleh YBrs. En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Halal International.

28 Julai 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mempromosikan pensijilan halal Malaysia telah menerima kunjungan hormat dari Melaka Halal Hub bertempat di pejabat PHI, KOMTAR.

Sepanjang pertemuan ini berlangsung, antara perkara yang dibincangkan berkenaan cadangan kolaborasi antara dua negeri bagi memperkasa industri halal melalui peningkatan jumlah pemegang sijil pengesahan halal Malaysia.

28 Julai 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke syarikat Hungry Bobby yang beroperasi di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan penyediaan dokumen , semakan susun atur kedudukan barangan dan pelan kilang, semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.

25 Julai 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke syarikat Perniagaan Anggerik Biru yang beroperasi di Guar Perahu, Penanti.

Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan penyediaan dokumen , semakan susun atur kedudukan barangan dan pelan kilang, semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.

18 Julai 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke kilang Ayunis Kerepek yang terletak di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan penyediaan dokumen , semakan susun atur kedudukan barangan dan pelan kilang, semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.

18 Julai 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke premis makanan Kieda Crepe yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan penyediaan dokumen , semakan susun atur kedudukan barangan dan pelan kilang, semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.

17 Julai 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke premis makanan Cell Agritech Sdn Bhd yang beroperasi di Seberang Jaya.

Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan penyediaan dokumen , semakan susun atur kedudukan barangan dan pelan kilang, semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.

17 Julai 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke kilang Lanita Food Industry yang beroperasi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan penyediaan dokumen , semakan susun atur kedudukan barangan dan pelan kilang, semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.

15 Julai 2025 – Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah menganjurkan program Bootcamp Usahawan Bumiputera siri 1 2025 pada 13-15 Julai 2025 bertempat di De Garden Hotel, Butterworth, Pulau Pinang dan telah dihadiri seramai 150 peserta yang terdiri daripada kumpulan usahawan merangkumi pelbagai sektor dan bidang.

Program ini juga telah dilaksanakan secara bersama melalui kolaborasi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan agensi-agensi di bawah MMK Perdagangan, Pembangunan Luar Bandar & Keusahawanan Pulau Pinang seperti MARA, RISDA, PERDA dan lain-lain. Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai pengisian telah dijalankan bagi memberi input-input baharu kepada usahawan bagi mengembangkan perniagaan ke tahap yang tertinggi.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj. Rashidi bin Zinol. EXCO Perdagangan, Pembangunan Luar Bandar & Keusahawanan Pulau Pinang.