17 Februari 2025 – Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah mengadakan bengkel latih tubi bagi skim rumah sembelihan kepada kepada kakitangan pusat penyembelihan di sekitar Pulau Pinang bertempat di bilik mesyuarat Masjid Daerah Seberang Perai Tengah yang dianjurkan bersama Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang pada 17 Februari 2025.
17 Februari 2025 -Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah menerima kunjungan dari Koperasi Masjid Guru Tanjong Tokong Berhad yang sebelum ini telah mendapatkan sijil halal bagi produk yang dikeluarkan oleh koperasi.
13 Februari 2025 -Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah menerima kunjungan dari syarikat Global Edge Pharma, syarikat farmaseutikal yang beroperasi di Bayan Lepas Pulau Pinang
6 Februari 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melawat ke premis Eka Delight Kitchen yang terletak di Pokok Sena, Kepala Batas.
24 Januari 2025 -Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melawat ke premis makanan Char Kuew Tiaw Abg Misai yang terletak di daerah Seberang Perai Selatan
22 Januari 2025 -Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melawat ke syarikat Stylo Heaven yang terletak di daerah Barat Daya.
19 Januari 2025 – Bagi mengukuhkan pemantapan organisasi, Penang Halal International dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Organisasi & Hala Tuju Industri Halal Negeri Pulau Pinang yang dihadiri pegawai dan kakitangan kedua-dua agensi.
4 Januari 2025 -Penang Halal International memulakan kalendar aktiviti tahun 2025 dengan memenuhi jemputan Pertubuhan Pembangunan Wanita Tamarai Pulau Pinang untuk menyampaikan Taklimat Pensijilan Halal pada 4 Januari 2025.
9 Disember 2024 – Program cetusan idea Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, ini dianjurkan dengan kerjasama strategik oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Penang Halal International (PHI), Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP), Pejabat Penyelaras KADUN Penanti dan Zakat Pulau Pinang (ZPP). Program ini bertujuan bagi melahirkan lebih ramai usahawan Muslim negeri Pulau Pinang yang mendapat pensijilan Halal JAKIM seterusnya menyemarakkan lagi ekosistem halal di negeri Pulau Pinang.
9 Disember 2024 – Penang Halal International telah menganjurkan Penang International Halal Expo (PIHEX) bertempat di Tapak Gravitas Jalan Baru, Perai Pulau Pinang. Buat julung kalinya, acara ini diadakan di kawasan Seberang Perai sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk merakyatkan PIHEX dan mempromosikan industri halal kepada masyarakat setempat.
Turut menarik sepanjang PIHEX diadakan adalah acara perasmian oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang selaku Perdana Menteri pertama yang merasmikan acara PIHEX ini sepanjang 12 tahun penganjurannya. Acara ini turut disertai badan kerajaan, agensi, dan pemain industri tempatan dan antarabangsa khusunya dari wilayah Hennan China. Sepanjang acara ini berlangsung, PIHEX telah merekodkan jumlah jualan langsung dan tidak langsung sebanyak RM1.2 juta.











