10 Februari 2026- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah menghadiri sesi taklimat kepada penjaja di bawah seliaan Majlis Bandaraya Seberang Perai bertempat di Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

Pada masa yang sama, PHI telah melaksanakan sesi taklimat pensijilan halal kotej Pulau Pinang yang telah disampaikan oleh En Mohamad Khairil bin Ahmad selaku Pengurus PHI. PHI juga telah membuka kaunter pameran informasi bagi menerangkan berkenaan inisiatif pensijilanhalal kotej yang turut disokong oleh Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Pensijilan Halal Kotej merupakan merupakan salah satu pelan tindakan yang diletakkan di bawah Strategi Pengembangan Sosioekonomi melalui Ekosistem Industri Halal di bawah teras Pembangunan Sosioekonomi, Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030).

Melalui pelan ini, kerajaan negeri Pulau Pinang meletakkan sasaran untuk memastikan industri kotej yang berpotensi untuk diangkat menjadi salah satu pemegang sijil halal seterusnya mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.

Bagi usahawan bumiputera mikro yang berminat dengan program ini, sila hubungi pejabat di talian +6042625444.

22 Januari 2026 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah melaksanakan lawatan pensijilan halal kotej Pulau Pinang ke syarikat Little Explorer Space yang menghasilkan produk berasaskan Peria dan beroperasi di Balik Pulau.

Sepanjang lawatan berlangsung, syarikat juga telah menerima bimbingan khususnya melalui penyediaan dokumen pensijilan halal, susun atur pelan dan tatacara yang perlu dipatuhi dalam memohon sijil halal.

Pensijilan Halal Kotej merupakan merupakan salah satu pelan tindakan yang diletakkan di bawah Strategi Pengembangan Sosioekonomi melalui Ekosistem Industri Halal di bawah teras Pembangunan Sosioekonomi, Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030).

Melalui pelan ini, kerajaan negeri Pulau Pinang meletakkan sasaran untuk memastikan industri kotej yang berpotensi untuk diangkat menjadi salah satu pemegang sijil halal seterusnya mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.

Bagi usahawan bumiputera mikro yang berminat dengan program ini, sila hubungi pejabat di talian +6042625444.

19 Januari 2026 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) turut sama menyertai Himpunan Agensi-Agensi Agama Islam Negeri Pulau Pinang & Pelancaran Buku Pelan Strategik Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) bertempat di Dewan Al Ansar, Masjid Al Muhajirin Seberang Jaya.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Pada masa yang sama, En Mohd Azraie Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif PHI turut menerima simbolik penyerahan Buku Pelan Strategik APAI2030 yang diserahkan oleh YB Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Pelan Strategik APAI2030 merupakan satu gagasan bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk memperkasa pembangunan umat Islam di Pulau Pinang melalui strategi-strategi yang telah dirangka.

Melalui Teras Pembangunan Sosiekonomi, industri halal merupakan salah satu fokus utama dan PHI bersama-sama Bahagian Pengurusan Halal JHEAPP memainkan peranan bagi mempromosikan sijil halal seterusnya meningkatkan jumlah pemeganv khususnya dalam kalangan usahawan Muslim.

15 Januari 2026 – YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Pengerusi Penang Halal International (PHI) telah mempengerusikan mesyuarat ahli lembaga pengarah Bil. 1/2026 dan turut dihadiri barisan ahli lembaga pengarah PHI.

Pada masa yang sama, mesyuarat turut mengalu-alukan kehadiran dua ahli lembaga pengarah PHI yang baharu iaitu Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Othman (Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang) dan Dato’ Hj Rosidi Hussain (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang).

Bagi tahun 2026, pelbagai program telah dirangka bagi memperkasa industri halal di Pulau Pinang khususnya bagi meningkatkan jumlah pemegang Sijil Halal Malaysia dalam kalangan usahawan bumiputera seterusnya menembusi pasaran tempatan dan global.
Pada masa yang sama, program-program baharu seperti pensijilan halal kotej akan terus dipertingkatkan khususnya kepada usahawan bumiputera Mikro dan Kecil tempatan selaras dengan strategi Pembangunan Industri Halal yang diletakkan di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi, Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030).

6 Januari 2026 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah melaksanakan lawatan pensjilan halal kotej Pulau Pinang ke syarikat Silatulrahim Enteprise yang menghasilkan produk Mee Sanggul Azman dan beroperasi di Kampung Guar Kepayang, Kepala Batas.

Dalam lawatan yang turut disertai En Mohd Azraie bin Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif PHI, syarikat telah menerima bimbingan dari sudut tatacara permohonan pensijilan halal Malaysia yang perlu dipatuhi serta penyediaan dokumen sokongan

23 Disember 2025- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah melakukan kunjungan ke rumah Mak Tom yang menghasilkan produk dodol tradisional dan beroperasi di Permatang Nibong, Seberang Jaya.

Lawatan ini juga turut disertai En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif bersama kakitangan PHI yang juga telah melaksanakan bimbingan pensijilan halal merangkumi penerangan dan tatacara dalam memohon SPHM dan pada masa yang sama, lawatan ini juga turut melibatkan para pelatih industri yang sedang menjalani latihan di PHI sebagai pendedahan tentang senario industri halal yang sedang berlaku kini.

21 Disember 2025 – Penang Halal International telah menyertai Kembara Zakat MAINPP bertempat di Masjid Al-Huda Sungai Ara. Pada masa yang sama, PHI juga telah telah memperkenalkan Skim Pensijilan Halal Kotej Pulau Pinang yang digerakkan bersama-sama Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) dan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP.

16 Disember 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah menyertai Foodpreneur Global Summit 2025 bersempena dengan penganjuran Foodpreneur Expo yang bertempat di Setia SPICE Convention Centre, Bayan Baru.

Mewakili PHI adalah Pn Isharina Basri, Penolong Pengurus dan antara perkongsian yang telah diberikan adalah berkaitan usaha PHI dan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP dalam mempromosikan Sijil Halal JAKIM seterusnya menyasarkan peningkatan jumlah pemegang sijil halal di Pulah Pinang.