12 Disember 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah menghadiri Mesyuarat Panel Pensijilan Halal Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Selaku ahli mesyuarat panel pensijilan halal, PHI telah diwakili En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif dan antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan status permohonan terkini pensijilan halal melibatkan industri di negeri Pulau Pinang.

11 Disember 2025- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah menyertai mesyuarat bersama Maybank Islamic bertempat di Menara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI turut sama-sama menyertai mesyuarat ini. Antara intipati perbincangan yang telah diadakan adalah berkaitan kerjasama bagi merancakkan industri halal di Pulau Pinang khususnya melalui inisiatif yang akan digerakkan pada tahun 2026.

7 Disember 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bersama-sama Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang telah menganjurkan Bootcamp Usahawan Bumiputera Pulau Pinang siri 2/2025 bertempat di Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP).

Dihadiri seramai 90 orang peserta meliputi usahawan Bumiputera Pulau Pinang dari pelbagai sektor, program ini telah bermula dengan sesi ceramah Seminar Kenegaraan Malaysia & Pembangunan Usahawan MADANI yang telah disampaikan oleh En Muhammad Kamarul Naim Abdullah dari Lembaga Penduduk & Pembangunan Negara (LPPKN) Pulau Pinang.

27 November 2025 – Sedang berlangsungnya acara Penang Halal & Heritage Carnival anjuran Penang Halal International yang bertempat di Empangan Mengkuang, Penanti pada 27 November hingga 30 November 2025 (Khamis – Ahad).

Terdapat pelbagai gerai jualan turut disediakan dan aktiviti menarik untuk para pengunjung. Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi PHI yang turut sama menyantuni para peniaga dan pengunjung diiringi En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI

19 November 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Bil. 3/2025 bertempat di Hotel Bayview.

Mesyuarat telah dipengerusikan YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi PHI dan turut dihadiri barisan ahli lembaga pengarah.

En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI telah membentangkan laporan terkini aktiviti agensi dan pelbagai perkara turut dibincangkan khususnya berkaitan perkembangan dan perancangan akan datang.

18 November 2025-Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah melakukan sesi pertemuan bersama En Shamsul Razak, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Seri Pulau, Balik Pulau.

Dalam sesi pertemuan yang diketuai En Mohamad Khairil bin Ahmad selaku Pengurus, perbincangan juga berkisarkan tentang persediaan program Bootcamp Usahawan Bumiputera 2/2025 yang akan diadakan di daerah Barat Daya pada 7-9 Disember 2025 serta potensi usahawan bimbingan PPK Seri Pulau yang boleh diangkat untuk PHI membimbing ke arah pensijilan halal Malaysia.

17 November 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah melakukan kunjungan hormat ke pejabat PIJ Holdings yang terletak di Johor Bharu.

Lawatan ini telah diketuai En Mohd Azraie bin Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif PHI dan pegawai serta telah mengadakan perjumpaan bersama Puan Hjh Rahmah binti Sukhairi selaku Pengurus PIJ Holdings. Antara perkara yang dibincangkan berkisarkan berkaitan pembangunan Halal dan jalinan kerjasama antara dua agensi serta PIJ Holdings Sdn Bhd turut memberi penerangan tentang Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor yang akan dilaksanakan.

15 November 2025 – Penang Halal International dengan kerjasama Belia 4B Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Pertandingan Boria Anak Penang bersempena dengan penganjuran Karnival Kami Anak Penang pada 15 November hingga 17 November 2025 bertempat di Batu Maung Foodies, Batu Maung.

Acara ini juga telah mendapat penyertaan yang memberansangkan dari anak-anak muda Pulau Pinang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta serta pemenang di atas penyertaan!

15 November 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah menyertai lawatan bekerja Timbalan Gabenor Bank Negara (BNM) ke premis Central Kitchen Timur Laut.

Lawatan ini turut disertai En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI. Central Kitchen ini merupakan program pembangunan PMKS yang dikelolakan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan kerjasama Hong Leong Islamic Bank. Premis ini juga telah diperakukan HALAL oleh JAKIM membantu dalam mengoptimumkan pengeluaran produk yang diiktiraf HALAL, di samping menyokong keperluan pasaran HALAL di peringkat domestik dan antarabangsa.