7 Oktober 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bersama-sama Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP telah mengadakan lawatan ke syarikat Farm Fresh yang beroperasi di Johor Bahru bersempena lawatan delegasi ke negeri Johor dan Singapura.

Delegasi telah disantuni oleh Pengurus Besar, En. Abdullah Bakri dan telah diberikan taklimat serta lawatan ke fasiliti pemprosesan susu, yang merupakan premis pemegang Pensijilan Halal JAKIM.

6 Oktober 2025- Penang Halal International selaku agensi kerajaan bersama Bahagian Pengurusan Halal, JHEAIPP telah bersama delegasi yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah, JHEAIPP untuk menyertai kunjung hormat ke Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) bertempat di Masjid Angullia.

Delegasi ini juga telah diketuai YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Di-Pertua MAINPP. Pihak MUIS diketuai oleh Superitendan Masjid Daerah Selatan, Tuan Haji Izuan bin Mohamed Rais. Semasa sesi kunjungan hormat berlangsung, kedua-dua pihak telah mengadakan penerangan berkaitan fungsi dan peranan majlis antara pihak MAINPP/JHEAIPP dan MUIS.

Selain itu juga, para delegasi turut dibawa untuk sesi lawatan ke sekitar Masjid Angullia sebelum pertemuan dua pihak berakhir.

05 Oktober 2025 – Penang Halal International (PHI) turut serta dalam Karnival Usahawan SPH & Hari Terbuka PDC bagi memberi kesedaran kepada para pengunjung tentang kepentingan halal dalam kehidupan seharian.

Penerangan dan perkongsian menarik telah disampaikan oleh Puan Isharina di pentas utama program, bagi memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap konsep halal yang menyeluruh serta peranannya dalam pembangunan industri dan gaya hidup Muslim di Pulau Pinang.

2 Oktober 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah melawat ke Honeywell Aerospace Avionics, Perai Penang.

Kakitangan juga telah melaksanakan pra audit permis, semakan dokumen dan bimbingan pensijilan halal Malaysia.

30 September 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Malaysia International Economic Communication Association (MIECA), Majlis Ekonomi Halal & Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH-KUM) dan Xero Advisors Sdn Bhd (Licensed MM2H Agency) bagi membincangkan potensi pelaburan daripada The State-Owned Assets Supervision & Administration Commission of Hainan Province (SASAC Hainan).

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan peluang kerjasama ekonomi baharu bagi menarik pelaburan berkualiti tinggi dan pembangunan negeri ke arah lebih mampan.
Turut hadir sama di dalam perbincangan ini ialah En Mohd Azraie bin Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif PHI bersama pegawai daripada Penang Development Corporation (PDC), Wakaf MAINPP dan PERDA.

Delegasi yang hadir terdiri daripada:
1) Dato’ Eric Law Sie Harn – President, MIECA
2) Encik Mohd Norazam Dato’ Muhammad – Vice President 1, MEH-KUM
3) Encik Mohd Rashidi Hassan – Director of Business Development, Xero Advisors Sdn Bhd (Licensed MM2H Agency)

26 September 2025 -Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah menerima kunjungan dari DR. Siti Norhasmaedayu Mohd Zamani, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik Universiti Utara Malaysia bagi membincangkan cadangan kolaborasi penyelidikan antara UUM dan PHI.

PHI telah diwakili En Mohamad Khairil bin Ahmad selaku Pengurus bersama kakitangan dan pelajar latihan industri turut menyertai perbincangan ini sebagai pendedahan awal.
Antara input-input yang dibincangkan adalah bagaimana PHI selaku agensi kerajaan negeri Pulau Pinang dapat berkongsi maklumat bagi memantapkan kajian yang akan dilaksanakan kelak.

24 September 2025 – Bersempena dengan Penang Week di Pavilion Malaysia, Majlis Perasmian yang diadakan pagi ini , dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Persembahan Boria yang diadakan amat memukau semua pengunjung yang hadir ke Pavilion Malaysia. Sementara itu, turut diadakan juga majlis pertukaran MOU, dan gimik perasmian oleh Silicon Island dihadapan YAB Tuan Chow Kow Yeow. Kai bebesar hati ,jika pengunjung disini ingin datang melawati negeri Pulau Pinang

22 September 2025 – Pocket talk yang diadakan di Pavilion Malaysia bersempena “Penang Week” disampaikan oleh Ybrs Tuan Mohd Azraie Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Halal International mendapat sambutan yang mengalakkan.

Tuan Azraie juga memberi informasi kepada pengunjung tentang Penang antara negeri yang mempunyai 9 Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM).

Juga menceritakan bawa, Pulau Pinang muncul sebagai hab halal serantau dengan ekosistem lengkap merangkumi pengeluaran, perkhidmatan, infrastruktur, sokongan kerajaan dan modal insan.

Dengan 1,935 pemegang sijil halal serta nilai eksport halal mencecah RM3.56 bilion pada 2024, Penang Halal International menjadi jambatan penting menghubungkan pasaran global, termasuk Jepun, melalui pensijilan dan pembangunan industri halal yang menyeluruh.

22 September 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah melaksanakan sesi taklimat kepada usahawan-usahawan yang akan menyertai MIHF pada 16-19 Oktober 2025 bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka.

Turut hadir sama mewakili Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, ICU JPM ialah En Norhisham Ramli (Timbalan Pengarah) dan Pn Nur Atiqah Ariffin (Penolong Pengarah) manakala PHI diwakili En Mohamad Khairil bin Ahmad (Pengurus) dan kakitangan.

Pada masa yang sama, majlis turut menyerahkan surat tawaran menyertai MIHF25 kepada usahawan terpilih yang akan mewakili Pavilion Pulau Pinang. Semoga berjaya diucapkan kepada semua usahawan!

19 September 2025- MIHAS 2025 dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. Memetik dari beberapa ucapan dari Beliau harini,

Kerajaan Madani akan terus proaktif memposisikan industri halal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara terutama dalam perbincangan perdagangan dalam setiap misi pelaburan dan libat urus dua hala. Malaysia telah mengekalkan kedudukan teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) selama 11 tahun berturut-turut.

Kecemerlangan Malaysia amat ketara dalam kewangan Islam, makanan halal serta media dan rekreasi. Ini adalah hasil usaha bersepadu kerajaan untuk meletakkan industri halal sebagai antara tonggak utama pertumbuhan strategik negara. Beliau juga menegaskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sejumlah dana yang besar telah diperuntukkan bagi meningkatkan pertumbuhan sektor halal.