Pada 1 April 2022 (Jumaat), telah berlangsungnya pelancaran Plaza Ramadan 2022 yang telah dilancarkan secara rasmi bertempat di Prangin Mall, Georgetown, Pulau Pinang. Plaza Ramadan merupakan bazar ramadan yang dianjurkan buat julung-julung kalinya adalah inisiatif  dan Kerjasama antara MMK Perdagangan, Industri, & Pembangunan Usahawah, Penang Halal International, dan Prangin Mall.

Antara tujuan inisiatif ini dilaksanakan adalah untuk membantu menjana semula ekonomi para peniaga mikro, kecil, dan sederhana (SME) yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sekaligus meningkatkan pendapatan mereka ke arah yang lebih baik. Sebanyak 80 tapak gerai dibuka sepanjang Plaza Ramadan ini berlangsung dan para peniaga turut menjual aneka juadah makanan dan minuman, kuih muih, pakaian, barangan keperluan untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal.

YB Dato Hj Abdul Halim Hussain selaku Exco Perdagangan, Industri, & Pembangunan Usahawan Pulau Pinang merangkap Pengerusi Penang Halal International turut hadir bagi memeriahkan majlis serta merasmikan Plaza Ramadan 2022. Turut hadir sama YB Tuan Teh Lai Heng; Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap ADUN Komtar, Ybrs En Fazil Irwan Mohd Som; Ketua Pegawai Eksekutif Penang Halal International, Encik Edwin Tan; AJK Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama Prangin Mall, dan Tuan Ir.A.Rajendran; Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Penang Halal International (PHI) will be hosting the Penang International Halal Expo and Conference 2022 (PIHEC2022) from 1st till the 3rd of July this year. This event will be held at Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang.

This year will be the 11th time Penang Halal International (PHI) organizes the Penang International Halal Expo and Conference. The theme for this event is “Building Resilience and Sustainability Towards Stronger Growth”.

PHI chairman, YB Dato’ Haji Abdul Halim bin Hussain said the event is intended to showcase the Halal ecosystem supply chain in Southeast Asia and facilitate the business recovery of the Halal sector in the aftermath of the Covid-19 pandemic through embracing technology and new ideas and innovations.

This annual event will also discuss issues related to post-pandemic readjustments such as digital adoption in Halal, opportunities in the mega FTAs, logistics challenges due to high inflation, global food security and many more.

“The Penang state has all the right ingredients to be the Halal Hub and Gateway not only of the northern region of Malaysia, but also as a central part of Malaysia’s positioning as the epicenter of the Halal supply chain in Southeast Asia” he added.

For more information and details on the Penang International Halal Expo and Conference 2022 (PIHEC2022), please visit http://penanghalal.international/EN/pihec

Source

Pada 11 hingga 13 Mac 2022, Penang Halal International selaku agensi di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang telah menyertai Sabah International Women Entrepreneur Expo (SIWE) 2022 bertempat di Sabah International Convention Centre. Ekspo ini juga telah dihadiri lebih kurang 1,500 pelawat dan turut disertai 200 usahawan wanita merangkumi pelbagai sektor dari seluruh negara. Pameran ini juga turut disertai agensi kerajaan persekutuan dan negeri-negeri dari Pulau Pinang dan lain lain.

Objektif utama ekspo ini diadakan menurut penganjur adalah untuk mengangkat martabat usahawan wanita dalam aktiviti keusahawanan seterusnya merangsang pembangunan ekonomi keluarga dan negara.Sebanyak 8 buah syarikat yang bertapak di Pulau Pinang telah menyertai ekspo ini di bawah Penang Halal International selaku ketua delegasi dan telah mempromosikan pelbagai produk dan barangan yang menampilkan identiti negeri ini seperti jeruk, pes makanan, kuih bulan, fesyen, produk makanan, dan pelbagai produk.

YB Dato Hj Abdul Halim Hussain selaku Exco Perdagangan, Industri, & Pembangunan Usahawan dan Pengerusi Penang Halal International hadir selaku tetamu jemputan semasa perasmian SIWE oleh Datin Seri Hajah Panglima Hajah Juliah Salag, Isteri kepada YAB Ketua Menteri Sabah. Katanya “usahawan Pulau Pinang perlu mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan produk-produk keluaran negeri ini seterusnya mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi” ujar beliau sewaktu kunjungan ke tapak pameran Pavillion Pulau Pinang.

Pada 4 hingga 6 Mac 2022, Penang Halal International selaku agensi di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang telah menyertai Selangor International Halal Convention (SELHAC) 2022 bertempat di Shah Alam Convention Centre. Ekspo ini juga telah dihadiri lebih kurang 1,000 pelawat dan turut disertai 100 pempamer yang terdiri daripada pelbagai agensi persekutuan dan negeri serta usahawan-usahawan merangkumi pelbagai sektor dari seluruh negara.

Sebanyak 6 buah syarikat yang bertapak di Pulau Pinang turut menyertai PHI sepanjang ekspo ini berlangsung yang merangkumi pelbagai produk seperti pesmakanan, inai, biodegredable straw, dan pelbagai produk lagi. Selain itu,PHI juga telah mempromosikan Penang International Halal Expo & Conference yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 Julai 2022 kepada agensi dan syarikat yang berminat.

YB Dato Hj Abdul Halim Hussain selaku Exco Perdagangan, Industri, & Pembangunan Usahawan dan Pengerusi Penang Halal International hadir selaku tetamu jemputan semasa perasmian SELHAC oleh YAB Dato’ Seri Amiruddin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Katanya “Pulau Pinang sedia untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam membangunkan industri halal bersama negeri Selangor”

Antara acara lain yang turut berlangsung sepanjang SELHAC adalah Business Matching dan seminar.

Pada 29 Mac 2022 (Selasa), YB Dato Hj Abdul Halim Hussain selaku Exco Perdagangan, Industri, & Pembangunan Usahawan Pulau Pinang merangkap Pengerusi Penang Halal International telah menerima kunjungan hormat daripada Invest Selangor yang merupakan agensi pelaburan kerajaan negeri Selangor. Pertemuan tersebut turut dihadiri En Fazil Irwan Mohd Som, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Halal International.

Delegasi Invest Selangor yang diketuai Dato’ Hasan Azhari Bin Hj. Idris, Ketua Pegawai Eksekutif telah berkongsi mengenai Selangor International Business Summit 2022 yang bakal diadakan pada hujung tahun ini serta kolaborasi yang boleh diadakan antara dua agensi ini.

Pada 24 Februari 2022, Penang Halal International selaku agensi di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Asas Pensijilan Halal Malaysia siri pertama bagi tahun 2022 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Kursus ini juga adalah salah satu daripada siri-siri kursus yang dilaksanakan di bawah agensi ini bertujuan untuk menggalakkan para usahawan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memohon sijil halal Malaysia.

Kursus ini telah dihadiri lebih 120 peserta dari seluruh Pulau Pinang dan telah dilaksanakan di Pearl View Hotel, Perai. YB Dato Hj Abdul Halim Hussain selaku Exco Perdagangan, Industri, & Pembangunan Usahawan Pulau Pinang merangkap Pengerusi Penang Halal International telah merasmikan program ini dan berharap para usahawan dapat meneroka ruang dan peluang untuk mengembangkan perniagaaan dalam industri Halal.

“PHI kini sedang menyusun beberapa kursus yang akan membantu para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka dan akan membimbing kumpulan terlibat untuk memohon sijil halal melalui bengkel-bengkel seminar” katanya semasa perasmian tadi.

Pada 13 Januari 2022, Penang Halal International selaku agensi di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang telah menganjurkan bengkel penyelarasan dan fungsi bersama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

YB Dato Hj Abdul Halim Hussain selaku Exco Perdagangan, Industri, dan Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi Penang Halal International turut hadir bagi menyampaikan ucapan aluan dan perasmian. Dalam ucapan yang telah disampaikan, YB Dato menggalakkan kerjasama yang boleh dijalankan di antara kedua-dua agensi.

Turut hadir Ustaz Faizal bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan merangkap menjalankan fungsi Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP memeriahkan bengkel yang diadakan.

Penang Halal International, agensi di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang telah dijemput untuk memberi taklimat di dalam Majlis Taklimat Skim PEKA 3.0 anjuran Pejabat MMK Pulau Pinang (Perdagangan, Industri, & Pembangunan Usahawan).

Mewakili PHI adalah En Mohamad Khairil bin Ahmad, pegawai bertugas dan turut memberi penerangan berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi ini. Antara agensi yang turut hadir untuk memberikan taklimat adalah Penang Development Corporation, Bank Negara Malaysia Pulau Pinang, dan SME Corp Pulau Pinang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato Hj Abdul Halim Hussain selaku Exco Perdagangan, Industri, & Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi Penang Halal International dan dihadiri seramai 300 orang peserta dari seluruh Pulau Pinang.

Pada 14 Disember 2021, Penang Halal International telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun 2021 dan Majlis Penghargaan kepada Pn Aida Lim Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau yang berakhir pada 31 Disember 2021. Majlis ini juga diadakan bertujuan untuk meraikan agensi dan syarikat yang telah banyak membantu PHI dalam melaksanakan pelbagai program dan inisiatif sepanjang tahun 2021.

Dalam ucapan YB Dato Abdul Halim Hussain selaku Exco Perdagangan, Industri, & Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi PHI, beliau menyatakan bahawa Pn Aida telah banyak membantu dalam usaha mentransformasikan agenda pembangunan agensi kepada negeri Pulau Pinang dan  Malaysia khususnya dalam bidang syariah dan halal, memacu ekosistem perniagaan halal ke hadapan, dan menjenamakan semula PHI ke arah imej yang lebih berdaya saing setaraf di peringkat antarabangsa.

Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, serta warga kerja Penang Halal International mengucapkan selamat maju jaya buat Puan Aida atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di negeri Pulau Pinang dan mendoakan agar beliau akan terus maju dan berjaya pada masa hadapan.

Pada 10 Disember 2021 (Jumaat), Penang Halal International telah dijemput oleh Halal International Selangor iaitu agensi yang bernaung di bawah Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal kerajaan Negeri Selangor untuk berkongsi tentang perkembangan terkini PHI dan industri halal di Pulau Pinang.

Majlis ini diadakan bersempena dengan Retreat Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor yang diadakan di The Light Hotel, Seberang Jaya.

YB Dato Abdul Halim Hussain selaku Exco Perdagangan, Industri, dan Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi Penang Halal International turut hadir untuk memberi pandangan dan input berkaitan agenda pembangunan industri halal di Pulau Pinang. Hadir mengiringi YB Pengerusi adalah En Mohamad Khairil Ahmad, Eksekutif Pembangunan Usahawan.